PENGAWALAN CW TRADING
Keperluan Pengawalan
1)Perubahan dalaman dan luaran organisasi.
- Organisasi sentiasa berubah di syarikat kami disebabkan oleh perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran luaran.pengurus syarikat kami sentiasa mengawasi perubahan dalam organisasi syarikat.
2)Kekusutan
- Di CW Trading, disebabkan kerja-kerja yang semakin bertambah, syarikat kami mempunyai pekerja yang agak ramai.
3)Kesilapan
- Dengan adanya kawalan ini, pengurus dapat memperbaiki kesilapan yang mungkin dilakukan oleh pekerja dan kesilapan itu mestilah diperbaiki.
4)Delegasi
- Pengurus CW Trading sentiasa mengawasi para pekerja di syarikat ini supaya tidak lari daripada yang telah dirancang.
Langkah Pengawalan
1)Tetapkan piawaian/standard
- Syarikat kami menetapkan standard berdasarkan pengalaman yang lepas.Sekiranya pencapaian pekerja adalah di bawah 60% maka prestasi pekerja tersebut dianggap lemah.Tujuan kami menetapkan piawaian berikut untuk meningkatkan kualiti pekerja kami.
2) Ukur prestasi sebenar
- Pengurus di syarikat kami sentiasa membuat pengukuran prestasi pekerjaan secara berterusan ke atas pekerja-pekerja untuk memastikan tiada kesilapan yang berlaku sepanjang operasi dijalankan.
3)Perbandingan antara prestasi dengan standard
- Syarikat ini juga membuat perbandingan tersebut, tujuannya adalah untuk mengetahui prestasi sama dengan piawaian, prestasi melebihi apa yang telah ditetapkan, dan juga prestasi kurang daripada piawaian yang ditetapkan.
4)Betulkan kesilapan
- Untuk membetulkan kesilapan, pengurus menyemak piawaian mungkin piawaian terlalu tinggi menyebabkan pekerja tidak boleh capai.Pengurus juga membuat pembaikan samada dari segi kesilapan mesin atau kesilapan pekerja.
Jenis-jenis
1)Kawalan masa
- Di CW Trading, kami mempunyai tiga jenis kawalan masa ia itu kawalan sebelum tindakan, kawalan berpandukan atau kawalan semasa, dan kawalan maklum balas. Ini bertujuan untuk menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini serta dapat menjimatkan kos pembetulan dan juga sebarang punca kelemahan dalam perancangan atau piawaian syarikat dapat dikenal pasti.
2)Kawalan kewangan
- Syarikat ini juga terdapat tiga jenis kawalan kewangan iaitu penyata kewangan, analisa nisbah, dan juga kad skor seimbang. Ianya bertujuan untuk mengukur kedudukan kecairan, hutang, dan keuntungan syarikat sebagai sistem pengurusan strategik dalam jangka masa tertentu.
3)Benchmarking @ penandaarasan
- CW Trading sentiasa menganalisis bagaimana organisasi lain mencapai tahap prestasi yang tinggi dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan prestasi serta menentukan apa dan di mana penambahbaikan perlu dibuat.
Comments
Post a Comment