PENSTAFAN


Kepentingan
Untuk mendapatkan pekerja yang berkompetensi, inovatif, kreatif serta berkemampuan dalam melaksanakan tugas dengan berkesan.


Proses Penstafan
- Perancangan Sumber Manusia
Faktor yang menyebabkan perancangan sumber manusia dilakukan di syarikat kami ialah disebabkan faktor dalaman.

-Pengambilan Calon Pekerja
Di syarikat kami, kami akan mengeluarkan iklan, melalui agensi pekerjaan, serta usaha individu (memohon sendiri) untuk memilih calon yang berkelayakan.

-Pemilihan Staf
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pemilihan staf, seperti matlamat organisasi, undang-undang di mana dapat mengelakkan diskriminasi dan sebagainya.
Terdapat lima langkah-langkah pemilihan, iaitu:
1.Menyemak borang permohonan.
2.Temuduga awal.
3.Proses penilaian atau pengujian.
4.Temuduga peringkat kedua (dengan majikan atau pengurusan atasan).
5.Tawaran kerja.

-Orientasi
Tujuannya adalah untuk menyesuaikan pekerja dengan persekitaran organisasi. Dalam program ini terdapat maklumat mengenai organisasi seperti sejarah, perkembangan, polisi, struktur organisasi, dan peraturan. Program ini sangat penting kepada pekerja walaupun mengambil masa yang sedikit.

-Latihan dan pembangunan staf
Tujuan latihan diberikan adalah untuk meningkatkan kemahiran yang sedia ada pada seseorang pekerja untuk menyempurnakan tugas-tugas semasa.Tujuan pembangunan pula untuk meningkatkan kemahiran pekerja agar dapat digunakan pada masa depan.Terdapat dua latihan, iaitu:

1.Latihan semasa kerja
   - Pekerja akan melaksanakan tugas seperti biasa tetapi pada masa yang sama, penyelia atau pengurus akan mengajar pekerja.

2.Latihan di luar masa kerja
    - Merupakan latihan yang diberikan kepada pekerja diluar masa kerja.Kaedah latihan termasuklah kursus, seminar, bengkel ataupun kolokium dan simposium.

-Penilaian Prestasi
Merupakan satu sisitem format dalam jangka masa tertentu melihat dan menilai prestasi kerja individu atau kumpulan.Prestasi baik akan dapat ganjaran naik pangkat, bonus sebagainya dengan tujuan menilai keberkesanan latihan atau program yang telah diadakan.

Halangan dalam penilaian prestasi ialah bias, corak penilaian di kalangan penilai, kesan halo, kecenderungan memusat, dan kesan kebelakangan. Syarikat kami mengatasi semua itu dengan peka pada keputusan dan keadaan, persekitaran pekerja dan keputusan yang dibuat.Se belum buat keputusan mesti buat analisis kebaikanatau kelemahan.Semua kriteria yang digunakan disenaraikan untuk analisa alternatif dan kurangkan andaian-andaian yang tidak berpatutan.

-Pertukaran dan Pemisahan
Adanya pertukaran masiah lagi wujud hubungan dengan organisasi tersebut tetapi pemisahan menyebabkan tiada lagi kaitan dengan organisasi berkenaan.Apabila berlakunya pertukaran dan pemisahan dalam organisasi maka langkah-langkah awal dalam penstafan akan dilakukan semula.


Perkembangan Kerjaya dan Pengekalan Pekerja
Di syarikat ini pengekalan pekerja ialah usaha memastikan seseorang kakitangan terus kekal berkhidmat dengan organisasi.Seperti memberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan, memberi penghormatan dan mengambil hati pekerja, mementingkan kebajikan pekerja dan memperbaiki suasana tempat kerja, mengadakan pusingan kerja dan juga menyediakan faedah-faedah kepada pekerja.  

Comments